Jumaat, 5 Mac 2021

Dapat Panggilan Peperiksaan Online SPA setelah beberapa tahun memohon? 😱😲

Posted by with 1 comment

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 Hai semua. Excited tak baca tajuk? Yes. Fyns pun excited juga ni nak bercerita mengenai pengalaman. Di saat korang baca ni, alhamdulillah Fyns dah selesai menjawab Peperiksaan secara Online untuk masuk ke perkhidmatan Awam. Kalau korang tak tahu itu apa, ia adalah senang kata 'Kerja Kerajaan' je lah. So di sini fyns akan bercerita perjalanan fyns untuk dapat panggilan ni.

Dulu habis je SPM 2016, fyns terus register SPA8i memandangkan cikgu kaunseling sarankan. Bila dah register, korang boleh ambik 15 pilihan (klu xsilap) jawatan yang ada. Semua based on result spm dan minat korang. So fyns pun register lah. Tapi satu pun tiada jawapan. Dan untuk pengetahuan korang, semua ni valid setahun jer. that mean selepas setahun, korang kena buat permohonan baru. Selepas SPM kan fyns sambung Diploma so tak kisah lah sangat time tu. 

Pastu sekali lagi register dalam tahun 2019 tak silap. Saja ja isi time tu. Sebab terasa nak isi 😂 And then still tak da jawapan apa pun dari SPA. and then, last years i decided untuk isi lagi, Tapi time ni dah tukar dari SPA8i ke SPA9. Kali ni fyns isi Diploma memandangkan fyns dah habiskan sesi Diploma. Yang before this SPM jer. Gred pun rendah jaa sbb guna SPM 😅 So this time semua ambik jawatan yang berkaitan dgn Diploma dengan harapan adalah rezeki. Aminnnnnn.

Tapiiiiiiiii....

Two weeks ago, i received email from SPA untuk menjawab peperiksaan kemasukan Perkhidmatan Awam, Pembantu Pustakawan GRED S19!!! Ini adalah email yang fyns dapat. terkejut juga dapat email 3pagi time tu 😂



 

Yah i'm so excited guyss. Tapi terkesima sekejap sebab terpikir, bila aku isi jawatan ni eh? Rasanya tahun lepas isi, tak ambil pun sebab semua ambil bidang Diploma jer. So i decide check balik laman web SPA9. Ini yang fyns dapat.



Terkejut tengok tarikh actually. 2020? mean dah tamat tempoh la kan? Gred pun SPM lagi.So i conclude yang ni yang second register. Pelik juga dah lama isi tapi baru dapat. Entahlah. Fyns pun baru first time kan. Mungkin ni sistem nya. Ambil nama-nama yang terdahulu dulu baru guna list yang latest. Who know kan??

So kalau nak tahu, hari nilah exam time. Fyns dah selamat menjawab dah. Ada dua seksyen. A and B. Seksyen A ni pengetahuan AM. So korang kena prepare dengan soalan mencabar. Masyallah. Ambil tahu pengenai isu semasa dan serba sedikit mengenai Perpustakaan. Incase korang dapat jawatan ni juga di tahun akan datang. Dan yahhh. Yang kebanyakkan orang tak suka adalah Sejarah. YESSS ada sejarah ok? Masyallah pishang mattttt. Dah laaa masa terhad. Imagine 30 soalan jawab dalam masa 25 minit jerrr. Memang ofcos ada yang tembak je lahhh 😂😂😂

 Untuk seksyen B adalah Bahasa Inggeris. Yes tak lain tak mungkin adalahhhh Grammar. Wah wah. Dah laa lemah bab-bab grammar ni. Yang mana kita tahu, buat jelah. Dan yang tak tahu tu menyanyi je lah.. Ada juga petikan yang kita kena baca.

 So korang jangan tersalah study tau. Sebab sekarang bukan format seperti dulu. Sebelum ni Seksyen A adalah Penyelesaian Masalah. Mean ada pengiraan. Dan Seksyen B adalah Pengetahuan AM. Diorang dah mansuhkan Penyelesaian Masalah ke Bahasa Inggeris. Pishang yerrrr.

 So for the next just tunggu je panggilan untuk termuduga. Tak semua yang dapat yer. Beased on Exam ni. Perform korang jawab maka besarlah peluang. For me.... JUST TAWAKAL jer sekarang. Ada rezeki di sini adalah. huhu

So itu sajalah mengenai SPA ni setakat sekarang ni. Andai ada lagi info, i will update okay? 

Thank you membaca sampai di sini. Byeee 💓💋

 

Btw. Korang boleh register SPA9 di link dibawah.

https://spa9.spa.gov.my/login

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum maaf kak, saya nak tanya, saya baru habis praktikal dan tamatkan diploma saya. Saya pon dah dapat result akhir sem6 surat behenti belajar dan mini transkrip. Tapi saya belum konvo boleh ke saya isi spa9 pada bahagian pendidikan tinggi untuk diploma?

    BalasPadam

Sila Komen