Jumaat, 9 Oktober 2020

Transkrip & Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM

Posted by with 7 comments

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua, apa khabar kalian di sana. Ehem ehem.... Dengar-dengar ada yang sudah tamat sesi Diplomanya. Hehehe. Yeahhh. I did it. Setelah pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang tiga tahun ini, alhamdulillah Fyns dapat tamatkan pengajian di peringkat diploma. Maka sekarang bermulalah sesi makan tidur makan tidur. Proses membesar la tu. ehhhh 😂 Tambah-tambah sekarang musim Covid-19 kan. Huhu. 
 
So bagi yang tertanya-tanya sampai setakat ini saja ke? Insyallah Fyns akan sambung lagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana. Tapi bukan sekarang sebab Muet masih tak selesai. Hehe. Sama ada di program yang sama ataupun kita cuba ilmu baru itu ikut rezeki. Sebab Fyns terngok kebanyakan member lain yang mohon penerapan degree, ada juga yang dapat kos lain. Saya yang tak mohon lagi ni pun dah seakan redha jika dapat kos lain. hehe.

Memandangkan dah habis ni apa kata Fyns kongsikan sesuatu yang bermanfaat kepada para alumni UiTM. So ini amat berguna untuk para alumni yang mahu berkerja dengan mengunakan Diploma. Korang memerlukan surat pengesahan tamat pengajian, right? Ok, so sekarang Fyns nak kongsikan bersama. Yang penting sediakan RM10 yer.. hehehe.

1. PERMOHONAN TRANSKRIP SECARA ONLINE

Klik SINI untuk mohon transkrip rasmi anda secara online. Isikan maklumat pengajian anda dan klik LOGIN
 
 
Klik 'New Applivation'
 
Lepas tu korang isi lah form yang tersedia. Disitu ada pilihan sama ada korang nak selfpickup or by pos jer. The price still a same. RM10. And then sila sertakan salinan IC kome yer. Yang verified tu i'm not sure what. But i sertakan salinan IC yang ada pengesahan dari JKKK jer.
And then korang submit jer. Bil terus dijana serta merta. Korang boleh semak bil di Portal Pelajar yer. Lepas tu korang boleh lah membuat bayaran secara melalui mesin ATM atau Bank Islam Online Banking. 
 
Sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN!!!
 
 

2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG PERMOHONAN

a) Setelah status PAID, download borang tadi tu yer (PDF)
 
 

b) Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar - download
Lepas download. isi borang ni.
 

 
 

3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS

Klik SINI untuk semak siapa pegawai bertugas untuk fakulti korang pastu take note email dia.
pastu emel pegawai bertugas tu. attached sekali borang mohon transkrip and borang pengesahan pelajar yang lengkap dan slip bayaran.
 

 CONTOH >>

 

4. TERIMA DAN SELESAI

Setelah sampai pesanan korang dari abang posmen maka dengan itu, selesailah langkah-langkah ini.. hehehehehe so...GOODLUCK SEMUA.



7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Sangat membantu post ini. Sy lulusan Oil & Gas, UITM Shah Alam. Semoga kebaikan cik dibalas dgn kebaikan juga

    BalasPadam
  3. Nak tanya uth surat ni nak daftar masa bila ya???? lepas habis semua 5 sem ATAU bulan sblm nak graduate ATAU anytime dari bulan lepas habis study hingga bulan sblm graduate??

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana membantu.. semoga segala urusan awk dunia akhirat.

    BalasPadam
  5. Kenapa dh saya dh buka byk kli utk email kerani tapi still tkde contact

    BalasPadam
  6. hi sorry awak !! link utk nak tengok pegawai bertugas tu kenapa kosong eh 😭

    BalasPadam
  7. Hi.. saya nak tengok link untuk pegawai bertugas tiada

    BalasPadam

Sila Komen