Ahad, 4 Ogos 2019

Barang Keperluan Ke Alam Universiti 😎

Posted by with No comments

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Hello you all. Masih ingatkah anda dekat saya? Lama sudah tidak menaip kan? Nampak sangat menipu di situ. Hahaha. Ye lah, di alam universiti ni kalau boleh anda dengan papan kekunci tiada pisah. Ia ibarat isi dengan kuku. Kalau berpisah itu sakit. Ye lah ofcos sakit sebab tidak siap assignment en? 😂  So, baru-baru ini batch 99 lepasan STPM mendapat keputusan UPU kan? Memandangkan banyak rakan-rakan saya menyoal apa persiapan untuk masuk ke alam universiti terutamanya UiTM, di sini saya terbuka hati untuk berkongsi barang-barang keperluan yang perlu disediakan. Ye lah, kita dah ada pengalaman, so orang bertanyalah kita. Apa salahnya kita berkongsi kan? Hehe. Btw, goodluck to you all yang diterima masuk ke Univeriti tak kira kos itu anda minat ataupun tidak. Good luck yer ❤️ And selamat BerMDS yerrr.
So here we go!

(Untuk kegunaan Pelajar Asasi/Diploma/Degree and so on. Yang penting UiTM dihatiku)

💕💕💕💕💕
Barangan Bilik
  • Bantal tidur/Bantal peluk/Bantal busuk ehhhh
  • Cadar and also sarung bantal
  • Selimut
  • Kunci mangga
Pakaian
  • Kain hitam, Tudung hitam dan baju kurung putih (baju sekolah jer.hehe) - Untuk majlis rasmi selalunya masa penutupan MDS.
  • Baju tshirt putih - Sekali jer pakai masa MDS
  • Seluar track secukupnya
  • Baju kurung - Hampir everyday pakai
  • Baju tshirt
  • Telekung & Sejadah
Kasut
  • Kasut sukan
  • Kasut tertutup
  • Kasut formal - Untuk penutupan MDS
  • Kasut slipar - Habuan p jamban. Tiberrrrr
Barangan Elektrik 
  • Iron - Ini penting. Tapi kalau dapat roomate yang boleh kamching, boleh share-share je. Sorang bawa.
  • Water heater - Tak wajib tapi sunat. Kot lapaq maggie memalam en. Ehhh
  • Printer - Bagi orang lain tak wajib. Tapi tak bagi saya sebab tak suka gi CC. Masa MDS tak payah bawa lagi pun takpe.
  • Charger fon and Laptop
  • Laptop - Masa MDS tak payah bawa lagi sebab tak pakai pun.  
Tambahan
  • Pinggan Mangkuk Cawan Sudu - Untuk makan dalam bilik. hehe
  • Makanan ringan
  • Lanyard
  • Sabun baju, berus baju, baldi
  • Barangan toilet seperti sabun mandi, ubat gigi and sebagainya. Pepandailah korang. hehe
  • Tuala mandi
  • Barangan bersiap seperti bedak, deodorant and lain-lain
  • Cermin - Selalunya satu bilik ada saja cermin besar tapi yahhhh i need more privacy. hehe
  • Stokin
  • Anak tudung
  • Pin and jarum yang banyak - Ini selalu hilang en. Haha
  • Extension Wire
  • Iron board
  • Kipas tangan - Masa MDS panas yerrrrrr hehe
  • Hanger secukupnya
  • Pengepit baju
  • Hanger untuk sangkut anak-anak kecik
  • Botol air
  • Dokumen-dokumen penting
  • Ubat-ubatan
  • Tong sampah kecil + plastik sampah
  • Pendrive - benda wajib masuk U
  • Alat-alat tulis
  • Buku - Buka nota ja untuk catit lecturer ajar and also test pad/kertas kajang

  💕💕💕💕💕


Ok hakak dah tak boleh brain. So kalau ada pertanyaan, dipersilakan. Dengan senang hati akan direply jika diizikan. Hehe. manusia kan muda lagha. So setakat ini sajalah entry ini. Semoga dapat membantu korang yerrrrrrr. Next entry insyallah mengenai MDS. hoho. 

Assalamualaikum.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen