Isnin, 3 Ogos 2020

Kek Pisang Warisan 💘

Posted by with No comments

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Hai semua. So kali ini saya nak share dengan korang semua resepi kek pisang lembut selembutnya. Resepi ini pernah share dah dulu dalam 2017 dekat blog lama. Disebabkan blog lama dah delete, saya decide nak share dekat sini pulak. Resepi yang simple, tak perlukan mixer. Just gunakan blander sahaja. So yah. Tunggu yaaaa.

Btw, resepi  ni menggunakan sukatan cawan tau. Senang bukan?

Bahan-bahan:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1 Sudu teh soda bikarbonat
  • 1 Sudu teh baking powder
  • 1 Sudu teh perisa pisang
  • 1 Cawan gula
  • 1 Cawan minyak masak
  • 1 Sudu teh ovellate 
  • 4 Biji telur
  • 4 Biji pisang

Cara-cara:
  1. Mula-mula, korang ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan,
  2. Blanderkan gula, minyak, telur, ovellate dan juga perisa pisang. Ketepikan
  3. Lenyekkan pisang. If korang nak tambah or kurangkan jumlah pisang pun up to you.
  4. Masukkan bahan kisaran tadi kedalam bekas pisang dilenyekkan dan diadun rata.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayakkan tadi. Dan gaul raya.
  6. Oleskan loyang kek dengan minyak.
  7. Masukkan aduanan ke dalam loyang dan ready untuk dikukus.
  8. Kukus sehingga masak.
  9. It`s done guys. Tahniah.

I'm so sorry sebab tiada gambar lagi sebab hilang dalam simpanan. Huhuhu. Maka gambar akan menyusul kemudian yer. hehehe.